Wednesday, 2 May 2018
kambing goreng kicap special,rasam telur,sambal tumis dan kerabu mangga
Assalamualaikum wbt, salam sayang buat sahabat dialam maya yg mama za muliakan, semuga Allah SWT memberkati kehidupan kita hari ini n seteruusnya, memohon pada Allah SWT dipermudahkan segala urusan kita kerana Dikau ya Allah yang maha memudahkan, serta sihat walafiat n semuga Allah perkenankan sgl permintaan kita. Aamiin Allahumma Aamiin.
Kambing kicap pecial:-
1 1/2 kg kambing -> bersihkan, toskan *
5 biji pelaga hindi @
2 kuntum bunga lawang jgn ceraikan @
11 biji bunga cengkih @
3btg kulit kayu manis @
[ kalau dah blend 4 sekawan, masuk 1 sd teh pereh + 1btg kayu mamis ] ada mama za share pd 01. 05. 2018 4 sekawan blend.
5 sd makan minyak mazola =
2 sd makan penuh ketumbar serbuk #
2 sd makan pereh cili boo [homemade] #
5 sd makan kicap lemak manis #
3 sd makan kicap lemak [homemade] ada mama za dah share 03.04.2018 #
1 sd makan kicap pekat TAMIN kicap mee #
2 labu bawang holland -> potong dadu $
3 biji tomato -> potong 4 %
1/2 sd teh garam &
1 besar gula perang &
2 biji kentang ->belah empat, goreng, angkat ++
1/4 biji capsicum merah [lada benggala] +
1/4 biji capsicum hijau +
1/4 biji capsicum kuning +
Cara :-
1. Panaskan =, tumis semua bahan @ masuk #, masuk $, masuk % masuk &
2.masuk 300 ml air [untuk lembutkan kambing, kalau keras lagi boleh tambah air lagi]
3. Masuk *, biarkn merinih hingga kambing lembut, tinggal kuah sikit saja
4. Masuk + sekejap, masuk ++, rasalah, tutup api.
Kerabu mangga :-
2 biji mangga sedang :> kupas, sagat
7 ulas bawang merah @
3 ulas bawang putih @
1 batang serai :> mayang nipis @
2 sd makan ikan bilis :> disagai sekejap @
2 sd makan udang kering :> rendam air panas mendidih @
1 1/2" belacan @
[semua bahan @ diblend halus]
1 sd makan kerisik
1 biji cili besar merah :> dimayang
1 biji cili besar hijau -> dimayang
3 biji cili api merah -> dimayang [ kalau suka pedas boleh tambah lagi]
1/4 sd teh garam
1 sd teh gula
2 biji asam limau kasturi ;> jus
Cara:-
1. Gaul semua barang sebati, rasalah, kalau kurang garam or gula boleh tambah
2. tabur kacang tanah yg disagai, tumbuk halus.
Rasam:-
* boleh nak masuk telur, sotong, udang, ayam, daging dll
5 ulas bawang putih @
7 ulas bawang merah @
1" kunyit hidup @
[semua bahan @ ditumbuk/diblend] #
1 sd teh jintan manis biji #
1 sd teh jintan putih biji #
1 sd teh ketumbar biji #
1/2 sd teh lada hitam #
1/2 teh biji sawi #
1/2 sd teh halba #
3tangkai daun kari #
4 sd makan air asam jawa, jangan terlalu pekat $
5 or 7 gelas air, terpulang nak kuah lebih or tak $
1 labu bawang besar holland -> dimayang %
1 sd teh pereh garam &
1 sd makan pereh gula perang &
3 biji tomato masak -> belah 4 =
Cara:-
1. Panaskan 3 sd makan minyak, tumis semua bahan @, masuk #. masuk $ biarkan mendidih.
2. Masuk &, masuk %,
3. Masuk =, rasalah, tutup api
[ Rasam ni boleh dimakan dgn nasi putih, sambal ikan bilis, ubi kentang goreng, ayam or daging goreng,]
Sambal tumis mama za:-
50gm ikan bilis -> goreng garing, angkat toskan atas towel kitchen *
1 sd makan ikan bilis #
1 sd makan udang kering #
1 labu bawang besar #
3 ulas bawang putih #
1 batang serai -> potong nipis #
1/2" kunyit hidup #
1/2 halia #
1" belacan #
[ semua bahan # diblend]
3 sd makan cili boo [homemade] @
1 sd makan serbuk cili @
1 helai daun pandan @
1/2 sd teh garam $
1 sd teh gula perang $
1 sd teh gula putih $
2 sd makan air asam jawa :> jgn terlalu pekat $
5 sd makan minyak menumis %
Cara:-
1. Panaskan %, tumis semua bahan @, pecah minyak masuk bahan # yg sudah diblend, guna api sderhana supaya mendidih lama sikit atas dapur, kacau2 supaya tidak hangit
2. Masuk semua bahan $, kacau sebati, kalau berkuah sikit masuk air panas ikut cita rasa
3. Rasalah, tutup api
4. Tunggu sejuk sikit masuk *
Selamat mencuba, masak dgn kerana Allah n penuh dgn kasih sayang, in shaa Allah semua masakan sedap, serta masa mencuci bahan2 n masa memasak baca Selawat keatas Rasulallah SAW
dengan izin Allah SWT kita berjumpa lagi ya sayang semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment