Friday, 4 May 2018

ayam goreng serai kering,kari ayam dan roti jala



Assalamualaikum wbt, salam Jumaat yang penuh keberkatan untuk semua sahabat ambo yang dihormati di alam maya, semuga kita semua diberkati & dimakbul  segala doa untuk famili kita yang tersayang. 

Kari ayam dll :-
1 ekor ayam -> bersihkan, toskan
- kalau kambing boleh rebus dahulu
Buat bahan kisar dahulu:-
1 labu bawang besar holland
7 ulas bawang merah
5ulas bawang putih
7 biji buah keras
2" halia
- semua bahan dikisar @
1 sd makan pereh serbut kunyit @
1 sd makan golden syrup/gula perang @
- semua bahan @ di gaul dgn ayam or daging or kambing, perap lbh krg 1jam.
Bahan A;-
2" kulit kayu manis]
5 kuntum (dipecahkan) bunga lawang]
3 biji pelaga hindi]
7 biji bunga cengkih]-
- 4 sekawan diatas kalau ada yg dh diblend masuk 1 sd teh pereh] mama za dah share pd 01. 05. 2018
3 btg serai yg diketuk
1 biji bawang besar dimayang
3 tangkai daun kari
1 sd makan penuh cili boo [homemade]
1 sd makan cili serbuk
Bahan B;-
2 sd makan penuh serbuk kari babas
1 sd makan penuh serbuk kari adabi
1 sd makan serbuk kurma
C- 250 ml santan
D- 1 sd teh pereh garam, 1 sd makan penuh gula perang, 4 sd makan pekat air asam jawa,
E- 2 sd makan sos cili,1 sd makan pereh kerisik, 250 ml santan pekat
F- 3biji cili besar hijau, 3 biji cili besar merah -> belah 2 buang biji. 2 biji ubi keledek potong enam -> rebus masak [kalau nak masuk ubi kentang ->belah 4 , goreng.
Cara:-
1. Panaskan 7 sd makan minyak, masuk A B, kacau pecah minyak masuk bahan perapan
2. Masak sampai empuk, masuk C D biarkan mendidih
3. Masuk E mendidih [kalau pekat boleh tambah air panas]
4. Rasalah, masuk F tutup api
# mama za share ni sekali dgn buat lauk, selepas makan dgn roti jala.  

Roti jala;-
400 ml air
250 gm gandum
50 gm susu debu
1 biji telut
1/2 sd teh garam
1/2 sd teh pewarna kuning
4 sd makan minyak
Cara:-
1. Masukkan semua bahan dalam blender, blend sebati
2. Guna kuali non-stick, sapu sedikit minyak untuk permulaan
3. Kirai, sekejap aje masaknya, lipat kiri kanan, gulung
Oh ya mama za x cakap pulak yang botol diatas tu cukup untuk 1 adunan ni, hujungnya jgn gunting kedalam, gunting sikit sahaja.
# Dimakan dengan;-
Kari
rendang
Bubur ayam dll

Ayam goreng serai kering;-
500 gm isi ayam -> potong kecil, bersihkan, toskan, atau 1 ekor ayam -> potong kecil, bersih, toskan
1/2 sd teh garam atau 1 sd teh pereh @
1 sd teh pereh gula atau 1 sd makan gula @
Bahan blend:- @
9 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
3 batang serai dimayang dulu
2" halia
1" kunyit hidup
Semua bahan @ diblend
1 sd makan ikan bilis blend @
1 sd makan bijan @
1 biji asam limau nipis ;> jus @ 
Bahan salut;-
7 sd makan tpg kentang $
3 sd makan tpg jagung $
3 sd makan tpg beras $
1 sd teh b. powder $
- semua bahan $ digaul sebati
Bahan hiasan :>
2 sd makan pereh bijan yg disagai %
3 batang serai yg diketuk hancur #
1 biji bawang besar dimayang #
Cara:-
1. Gaul semua bahan @, perap lbh krg 1jam or lebih, lagi lama lagi sedap tapi kena simpan dalam freez, kalau simpan dalam freez keluarkan awal setengah jam baru goreng
2. Panaskan minyak banyak 
3. Gaul dgn bahan $, biar betul2 bersalut [jangan gaul semua, gaul cukup untuk nak goreng sahaja]
4. Bila ayam semua masak, masukkan dalam pinggan hidangan
5. Panaskan 5 sd makan minyak bekas goreng ayam, goreng bahan # sampai garing
6. Curah atas ayam
7. Tabur %

Selamat mencuba ya sayang semua, seperti biasalah, masak dgn keikhlasan dgn kerana Allah SWT
supaya masakan kita sedap & lambat basi, setiap cucian semua bahan serta sewaktu memasak berselawatlah kpd Rasulallah SAW.
























0 comments:

Post a Comment

 

Resepi Mama Kaza6