Assalamualaikum wbt semua insan yang disayangi, dan salam Jumaat yang penuh keberkatan, hari yang diterima Allah semua hajat hajat kita.
Semuga Allah SWT melindungi kita semua, serta merahmati setiap perkara yang baik yang kita lakukan, luaskan rezeki, sihat, kita berserah pada Allah menjaga kita dan keluarga kita yang tercinta.
Ayam serai:-
1 ekor ayam -> potong sesuka hati, bersihkan, toskan, lumur halia, bawang putih dan kunyit yang diblend, goreng masak @
3 labu bawang besar sedang #
1 labu bawang putih #
2" halia or 2sd makan pereh yang sudah diblend #
2" belacan #
3sd makan pereh cili blend $
5batang serai gemuk, 7batang yang kurus -> diketuk *
3batang serai gemuk -> mayang nipis %
5tangkai daun kari $
3sd makan kicap lemak manis =
1sd teh pereh garam =
1sd makan pereh gula perang/putih =
1biji cili merah besar -> mayang kasar sikit +
1biji cili hijau merah -> mayang kasar sikig +
Cara2nya:-
1. Masuk minyak 1cawan, goreng % sampai garing
angkat, ketepikan.
2. Goreng @ sampai masak
3. Guna minyak goreng @ (kalau x suka berminyak ambil separuh saja minyak, tumis * garing
4. Masuk bahan # [yang sudah diblend], kacau sampai naik minyak
5. Masuk $ tumis sampai naik minyak masuk =, kalau kurang minyak boleh tambah sikit dan tambah sedikit air panas
6. Masuk no. 2, gaul sebati, masuk +, kacau sebati, tutup api
7. Masuk dalam pinggan, tabur %
Goreng kacang panjang & kentang:-
2biji kentang sedang -> kupas, potong 1" goreng garing, ketepikan @
15biji kacang panjang, potong serong 1" #
2" belacan $
1 labu bawang besar $
2sd makan udang kering $
1sd makan kicap lemak * [homemade] ada diatas mama za dah post.*
2sd makan cili boo * [homemade, ada diatas mama za dah post, kalau homemade tak payah tumis lama coz cili dah masak]
1sd makan sos tiram *
Cara2nya:-
1. Blend bahan $
2. Tumis no. 1, naik minyak, masuk * kacau sekejap masuk #, goreng sampai masak
3. Tutup api, masuk @ kacau sebati, hidangkan.
Selamat memasak untuk cinta hati & buah hati yang dikasihi, semuga dengan masakan kita dapat menambat hati insan2 yang dikasihi serta mengerat kasih sayang dan bahagia, masak dengan ikhlas dan penuh kasih sayang, berkat serta sedap dengan izin Allah SWT. Kita sebagai isteri dan ibu senang nak dapatkan tiket ke syurga firdaus:-
Taat pada suami,
Hormat ibubapa,
Jalankan semua perintah Allah SWT dan Rasulallah SAW
Jaga diri, jaga harta suami
Banyak lagi kalau kita nak kumpul saham akhirat
# maafkan mama za ya, kalau beri peringatan sikit, mama za tahu mesti sahabat2 sudah tahukan!, mama za bukan ustazah, masih lagi belajar dan belajar, mama za kongsi dan untuk peringatan bagi diri mama za dan semua sahabat2, dan sahabat2 dialam maya.
Salam sayang serta salam Jumaat untuk kalian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment