Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah kita dapat jumpa lagi hari ini serta diberi nafas untuk kita hidup lagi, Alhamdulillah. Semuga kalian sihat dan dirahmati Allah Azza waJalla.
Tom yam telur:-
4biji telur (goreng sebiji2)
5batang serai - diketuk *
9ulas bawang putih *
7helai daun limau purut *
5biji cili api hijau * (gunting sikit dihujung, supaya tak meletup)
3hirisan lengkuas *
1sudu makan cili boo *
3biji tomato masak saiz besar (blend dgn 3 mug air, kalau nak kuah lebih boleh tambah lagi)=
1/4 biji bunga kubis# (potong sesuka hati, cuci, rendam air garam)
1/2 biji karet # (potong 1")
1 biji bawang holland # ( mayang tebal sikit)
1/2 biji brokoli # (potong sesuka hati, rendam air garam
10 biji baby corn (belah dua) #
2biji jus limau nipis $
garam secukup rasa +
1sudu makan penuh pes tom yam & (homemade), nanti mama za beri resepi pes tom yam.
gula + ( lebih sikit coz tom yam nak rasa manis & masam)
cara2nya:-
1. Tumis bahan * masuk = mendidih masuk &
2. Masuk # mendidih, masuk + telur goreng $ rasalah tutup api.
In shaa Allah sedap, waktu memasak bacalah selawat, basuh bahan juga baca selawat serta masak dgn penuh kasih sayang untuk insan2 yg dikasihi!
Tom yam pes (homemade):-
25 gm cili kering ( belah dua, bersih, rendam air panas, toskan) goreng dgn minyak lbh krg 1 cawan / minyak simpan untuk menumis nanti
13 biji cili merah /
7 biji cili hijau /
2 sd makan penuh udang kering /
2 sd makan penuh ikan bilis /
3 labu bawang putih /
3' lengkuas /
5 helai daun limau purut /
4" belacan /
9 btg serai - potong nipis /
3" kunyit /
1keping gula melaka * atau nisan (blend halus, blend kering atau diracik
1 sd makan pereh garam *
2 genggam asam jawa (ramas2 dgn 1 cawan air, tapis airnya) *
cara2nya;-
1. Blend bahan / dgn air(jgn byk)
2. Tumis bahan blend dgn minyak goreng cili kering, tambahlah 7sd makan minyak baru
3. Masuk *, tumis sampai kering
4. Simpan dalam bekas kedap udara, simpan dalam freez, boleh tahan berbulan, (supaya tahan masa nak masak cedok guna sudu yg kering)
kesempatan ini mama za nak kongsi air berkhasiat, mesti kalian tau apa khasiat rebusa daun pandan kan? serta air rendaman bendi untuk yg sakit lutut/sendi
semuanya dari pengalaman mama za, ceter sikit ya, harap kalian sudi membaca,
Nov 2017 mama za sakit kedua lutut yg teramat sangat, nak solat .....aduh sakitnya hanya Allah saja yg tau!
Kawan anak mama za beri petua rendaman bendi, Alhamdulillah, mama za amal setiap hari, sekarang dah tak sakit, tapi mama za tetap minum juga. Tq so much pada kawan anak mama za.
Rendaman bendi:-
3 biji bendi sedang (basuh bersih
1 mug air masak
cara2nya:-
1. Mayang nipis bendi
2. Masuk bendi dalam botol, masuk air, buat malam.
3. Pagi esok sebelum makan minum, sebelm minum baca Selawat 3x
4. Boleh rendam sampai 3x, simpan dalam freez.
5. In sha Allah dgn izin Allah SWT sembuhlah, kita berusaha yg memyembuh hanya Allah.
# mama za memang tak suka telan ubat hospital.
Untuk rebusan daun pandan pulak, sangat elok dan berkhasiat , sudah lama mama za amalkan, tak payahlah mama za nak tulis panjang lebar khasiat rebusan daun pandan semestinya kalian dah tau kan?
21 helai daun pandan( bersihkan) /
4 liter air /
cara2nya:-
1. Rebus / tinggal air separuh (2liter)
2. Masuk dalam jug air, simpan dalam freez, lebihannya.
3. Minum bila2 masa.
Peria goreng rangup:-
4 biji peria katak jenis besar / 2 biji peria besar (cina)
1 sd makan penuh tpg gandum /
2 sd makan penuh tpg beras /
1 sd makan penuh tpg jagung /
1 sd makan tpg ubi /
1 sd makan serbuk kari /
2 sd teh pereh serbuk cili /
1 sd teh pereh serbuk kunyit /
1/2 sd teh pereh garam /
1 sd teh penuh gula /
1 biji telur - ambil kuning sahaja +
1 sd teh penuh garam *
3 sd teh penuh gula *
Cara2nya:-
1. Peria belah dua, buang biji dgn jari, potong peria jangan terlalu nipis.
2. Rendam dgn air masuk *, rendam lbh krg 1/2 jam,
3. Cuci, toskan,
4.Letak atas kitchen towel atas bawah tekan sikit2 supaya serap air peria.
5. Masuk dalam bekas peria dan +, gaul sebati
6. Gaul sebati bahan /, masuk kedalam no.5, gaul supaya tersalut
7. Goreng dgn minyak banyak, masuk jgn banyak sangat, goreng sampai garing dgn api jgn besar sangat.
8. Angkat letak atas kitchen towel, sejuk simpan dalam bekas kedap udara.
hanya disini untuk hari ini, in shaa Allah ada masa mama za kongsi resepi yg lain pula ya,
salam sayang buat kalian ahli syurga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Nampak sedap tu
ReplyDelete