Wednesday, 11 April 2018

resepi sos yong tau foo

 
Assalamualaikum wbt pada semua yg disayang, yang dirahmati Allah SWT, semuga kehidupan kita ceria selalu disamping insan2 yg tercinta, bersabar dgn kerenah permata hati pengarang jantung yg sedang membesar, kalau diimbas kembali begitulah dgn ibubapa kita yg mendidik n membesarkan kita, Al Fatihah untuk diri kita n ibubapa serta insan2 disekeliling yg dikasihi!
Hari ini mama za nak kongsi 2 resepi sos ini, coz mesti dicampur keduanya baru lagi sedap! biar lambat asal sedap..........

1. Sos hitam:-
 3 sd makan cili boo [homemade ada mama za post diatas] @
9 sd makan pereh gula perang @
3" belacan [dibakar] @
3 sd makan sos tiram @
3 sd makan taucu @
600ml air @
7 sd makan kicap pekat [mama za guna kicap mee cap "TAMIN"
3 sd makan sos masam manis [life/dll] @
7 ulas bawang merah @
1 sd makan pereh ikan bilis dah blend [mama za ganti dgn tok aji coz maa za x guna semua jenis perasa] @
3 sd makan minyak mazola or lain2 @
1 sd teh penuh tpg jagung #
1 sd teh penuh tpg gandum #
 Cara2nya:-
1. Semua bahan @ diblend
2. Masak atas api perlahan, mendidih biarlah lama sikit
3. Campur bahan # dgn air, biar cair sikit elak dari berketul
4. Masuk sikit2 dalam no.2, kacau supaya tidak berketul, x payah bubuh garam ya!

2. Sos merah:-
7 ulas bawang putih ->ditumbuk hancur/blend kering @
3 sd makan penuh cili boo [homemade, mama za dah post] #
60gm kacang tanah, goreng dgn sedikit minyak, sejukkan, blend halus $
1 sd makan ikan bilis yg diblend haus  [ganti tok aji or perasa lain]$
3 sd makan penuh sos masam manis $
7 ulas bawang putih $
1 sd teh pereh garam $
600 ml air $
1 sd teh penuh tpg jagung *
1 sd teh penuh tpg gandum *
Cara2nya:-
1. Panaskan 3 sd makan minyak tumis bahan @, masuk #
2. Blend bahan $, masuk kedalam no.1, mendidih, perlahan api,biar lama sikit, 
3. Campur bahan * dgn air, biar cair sikit supaya tidak berketul masuk kedalam no. 2, kacau supaya tidak berketul2, masak mendidih, tutup api.

Bahan tabur:-
1.Bawang goreng diramas2 hancur [homemade] mama za buat lepas mayang bawang letak atas towel kitchen tekan2 supaya kuar airnya, supaya cepat garing.
2. Kacang tanah -> disangai/bakar, blend jgn halus sangat
3. Bijan -> disagai
4. Bahan mentah sesuka hati [rebus sekejap]
5. Kangkung juga celur sekejap aje
++masa nak makan masuk bahan no 4, masuk sos hitam n sos merah,
no 5, tabur no 1 2 3, boleh makan.

Selamat mencuba, masaklah dgn penuh kasih sayang, jgn lupa baca selawat supaya masakan kita sedap n lambat basi.
memasak untuk insan2 yg tercinta dgn kerana Allah SWT dapat kumpul saham akhirat!
Salam sayang.



0 comments:

Post a Comment

 

Resepi Mama Kaza6