Assalamualaikum wbt sahabat semua yg dirahmati Allah SWT, serta yg mama za muliakan, Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan untuk kita berjumpa lagi dialam maya, mama za juga berdoa agar kita semua dikurnia kesihatan yg baik untuk kita membahagiakan insan2 disekeliling kita yg kita sangat2 kasihi.
Dikesempatan ini mama za ingin share 4sekawan yg kita guna dlm menumis, tapi tidak disukai kalau tergigit kan!
4sekawan terdiri dr kulit kayu mamis, bunga cengkih, pelaga hindi, bunga lawang
300gm kulit kayu manis @
200gm bunga cengkih #
100gm pelaga hindi $
150gm bunga lawang %
Cara:-
1. a. basuh @, toskan
b. basuh #, toskan
c. basuh $, toskan
d. basuh %, toskan
2.sagai/goreng tanpa minyak atau dibakar dlm oven lbh krg 20m suhu 160 C
3. Blend kering:-
a. blend @
b. blend #
c. blend $
d. blend %
4. Gaul semua bahan, masuk dlm botol, nak guna ambil dgn sudu kering, simpan dlm freez/freezer, tahan berbulan2.
Kepak cheese rangup:-
1kg kepak ayam, bersihkan, toskan @
1/2 cawan yogurt @
1 sd teh pereh lada hitam/lada sulah @
9 ulas bawang putih ditumbuk/blend kering @
1 sd teh penuh garam @
2 biji telur kuning -> titis beb titik jus asam limau nipis @
[semua bahan @ digaul sebati, perap lbh krg 30mnt or lbh, lg lama lg sedap.]
7 sd makan penuh tpg gandum #
7 sd makan penuh tpg kentang #
1 sd teh pereh baking powder #
Digaul semua bahan #
Cara:-
1. Salut bahan @ dgn bahan #, biar betul2 bersalut, goreng garing dgn minyak banyak [ jgn gaul semua ya, gaul yg cukup dgn minyak untuk terus menggoreng, pas tu ulangi lagi hg habis]
Sos:-
3 sd makan penuh butter *
5 ulas bawang putih +
1 sd makan cuka sayur/cuka epal +
3 sd makan kicap cair +
3 sd makan gula perang +
1 sd makan madu +
1 sd makan serbuk cili +
[ semua bahan + gaul sebati] +
cara:-
1. Masuk *, masuk + mendidih, tutup api, masuk kepak digoreng gaul sebati
Akhir sekali:-
12 kpg mozarella cheese @
4 sd makan susu fresh @
[panaskan dlm m'vave, curah atas ayam yg tlh diletak atas pinggan]
Kepak ayam goreng/grill:-
1kg kepak ayam@
2 sd makan kicap lemak manis @
2 sd makan sos tiram @
2 sd makan madu @
1/2 sd pereh serbuk lada hitam @
1 sd makan penuh serbuk cili @
2" halia #
11 ulas bawang putih #
1 sd teh serbuk kunyit/ 2" kunyit hidup di tumbul/blend #
[semua bahan # diblend]
1 sd teh pereh garam @
1 sd teh penuh gula perang @
Cara:-
1. Campur kesemua bahan, gaul sebati, perap selama lbh krg 1 jam or lebih.
2. Kalau nak goreng, goreng minyak sedikit, balik2 kepak supaya masak rata
3. Kalau nak grill/ bakar , balut kepak dgn aluminium foil, grill or bakar lbh krg 50 mnt, ikut kehendak masing.
Selamat mencuba, selamat berehat bagi semua pekerja [selamat hari pekerja]
Bagi suri rumah tu berehatlah juga, keluar dgn famili tercinta coz semua bercuti, guna quality time dgn sepenuhnya n sebaik mungkin
Bagi ibu2 yg nak masak, selamat memasak, masak dgn penuh keikhlasan dgn kerana Allah SWT dan semestinya masak dgn penuh kasih sayang, jgn lupa ya Berselawat setiap basuhan bahan n ketika memasak supaya masakan kita sedap n tahan lama.
Salam sayang buat kalian, In shaa Allah jika diizinkan Allah SWT kita jumpa lagi ya, doa mama za sihat n panjang umur dapatlah mama za share resepi dari mama za yg x berapa mahir sgt memasak cuma dgn cara mama za tersendiri iaitu resepi arwah nenek n arwah mek, maklumlah cikgu pencen, bila umur 60thn keatas adalah kurniaan yg terindah dr Allah SWT, Alhamdulillah, kita masih sihat n panjang umur, arwah suami mama za dijemput Allah diusia beliau 54 thn. Al Fatihah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment