Assalamualaikum wbt, salam sayang buat insan2 yang dirahmati Allah, hari ni mama za nak kongsi resepi laksa penang, kalau ada kekurangan bahan diharap kalian tambahlah ya!
Kuah laksa penang:-
1kg ikan kembung/sela -bersih, rebus dgn air & 7keping asam keping, air rebusan jangan buang @
2 sd makan cili boo /
1/2 keping belacan melaka (bakar dahulu) /
13 ulas bawang merah /
5 labu bawang besar /
9 ulas bawang putih /
250gm udang basah, kupas kulit /
2 ikat daun kesom #
1 ikat daun pudina #
2 kuntum bunga kantan (belah 4 atau 6) &
garam, gula secukup rasa #
15 keping asam keping *
Cara2nya:-
1. Ikan rebus ambil isi, blend dengan air rebusan, tulang jangan buang, blend dengan air rebusan, tapis @
2. Blend bahan / dengan air rebusan
3. Campur bahan @ / * & masuk air ikut kepekatan yang dikehendaki
4. Mendidih, masuk # mendidih, rasalah, tutup api.
Makan dengan:-
1. Laksa basah 2 paket (rendam sekejap dengan air panas, toskan)
2. Telur rebus
3. Timn disagat
4. 1 labu bawang holland (dimayang halus)
5. Daun pudina (ambil daun sahaja)
6. Cili besar merah & hijau ( mayang nipis)
7.Asam kasturi ( belah 2 buang biji)
8. 2 bungkus fish cake (rebus sekejap, potong nipis)
Selamat mencuba, semuga kita semua menjadi ibu2 yang diredhai Allah SWT dan semuga termasuk dalam golongan ahli syurga firdaus.
Masak dengan ikhlas dan kasih sayang, in shaa Allah masakan kita akan enak dan lazat.

Sedap nya
ReplyDeletekawan mama ckp nak lagi sedap tambah 1cawan nenas masak yg sudah diblend dan masuk dlm kuah laksa...
ReplyDelete