Assalamualaikum wbt wahai insan2 yg dirahmati Allah, semuga kita semua sentiasa diberi rahmat dan hidayah oleh Yang Maha Pengurnia.
Alhamdulillah kita semua diberi peluang untuk hidup hari ini dan mengumpul saham akhirat.
hari ini mama za nak kongsi 2 resepi fav' arwah cinta hati mama za iaitu ayam gajus dan sardin bersalut.
Ayam gajus:-
200gm gajus * sangai atau bakar dlm oven lebih kurang 20 minit
1sd makan bijan * sangai atau bakar dalam oven
9 ulas bawng merah { diblend} @
9 ulas bawang putih { diblend}@
2" halia {diblend } @
2sd makan cili boo @ [homemade ] nanti dibawah mama za beri cara buat cili boo ya!
2sd makan kicap lemak [homemade] nanti dibawah mama za beri cara buat kicap lemak ya! #
2sd makan kicap cair #
1sd makan sos tiram #
2sd makan minyak bijan #
3sd makan minyak mazola/minyak biasa $
300gm isi ayam -bersihkan, toskan, gunting kecil (jangan keil sangat) +
2 biji telur ayam +
1 biji asam limau nipis, perah jusnya +
1 labu bawang holland sedang - [dimayang] =
1 biji cili hijau besar [dimayang] =
1 biji cili merah besar [dimayang] =
3sd makan daun sup *
3sd makan daun bawang *
cara2nya:-
1. Panaskan $ tumis bahan @ masuk bahan + {yang sudah digaul sebati}, goreng sampai ayam masak.
2. Masuk bahan #, kacau rata, mendidih masuk = kacau sekejap, tutup api.
3. Masuk dalam bekas untuk dihidang taburlah *
Sardin bersalut:-
500 gm ubi kentang - kupas kulit, potong dadu, rebus sampai empuk, buang air,dilenyek [mama za masuk air cukup untuk empuk kentang]
1 tin sardin [tin besar] buang jusnya, hancurkan
1 labu bawang holland - dimayang
5 ulas bawang merah - dimayang
3 biji telur - perah 1/2 biji asam limau [supaya tidak hanyir, mama za kalau guna telur mesti perah jus asam limau nipis]
3 sd makan daun sup [sudah dimayang]
3sd makan daun bawang [sudah dimayang]
1 biji cili hijau besar - dimayang
1 biji cili hijau besar - dimayang
40gm tpg jagung
40gm tpg beras
40gm tpg ubi
1sd teh pereh garam
1sd teh pereh gula
cara2nya:-
1. Gaul semua bahan biar sebati [basuh tangan, keringkan tangan]
2. Tangan celup minyak, bulatkan adunan sebesar bola pingpong, letak dalam pinggan yg telah disapu minyak.
3. Goreng minyak banyak, api perlahan [masa nak menggoreng mama za tekan sikit supaya tidak terlalu buat, supaya senang masak kat dalam]
4. Goreng keperangan, angkat, letak atas kitchen towel
# boleh dimakan dengan cili sos atau dengan nasi.
Homemade cili boo mama za:-
200gm cili kering
13 ulas bawang putih
minyak secukupnya
cara2nya:-
1. Cili digunting 2[belah 2], siram air, rebus masuk air melebihi paras cili sampai lembut, bersihkan, toskan
2.Goreng dalam kuali besar sikit dengan minyak yang banyak, masuk bawang putih, lebih kurang 20minit, sejukkan dalam kuali itu
3. Blend sekali dengan minyak, kalau kurang bergerak tambah minyak lagi [jangan sesekali dimasukkan air]
4. Simpan dalam bekas kedap udara, masuk dalam freez, nak guna cedok dengan sudu kering.
Homemade kicap lemak mama za:-
1 botol kicap cair masin
33 biji buah keras [dibakar suhu 160c, selama 20minit]
cara2nya:-
1. Blend kedua bahan sampai hancur buah keras
2. Masuk dalam bekas kedap udara,simpan dalam freez
3. Nak guna cedok dengan sudu kering
# boleh diguna dalam semua jenis masakan bergoreng, mama za guna 1 bulan untuk satu botol coz x banyak sangat masak. CUBALAH YA MEMANG SEDAP, KICAP LEMAK MAMA ZA NI............
Hihihihihi, memang sedap, ini lah perasa mama za coz mama za tak suka masuk pak aji dalam masakan
Untuk perasa lain dalam masakan mama za guna ikan bilis dan udang kering
1. Ikan bilis disagai/dibakar sekejap [blend halus, simpan dalam botol dan simpan dalam freez, nak guna cedok dengan sudu kering =
2. Udang kering caranya sama dengan ikan bilis juga =
Selamat mencuba, maaf ya mama za tak pandai nak hias [garnishing] out!, cuma bolehlah masak sikit2, tapi suka kongsi masakan!
Semuga kita semua menjadi isteri/serta ibu mithali, sama2 kita berusaha untuk menuju ke syurga firdaus, Aamiin Allahumma Aamiin.
# selalu ingat setiap kali nak basuh bahan masakan, bacalah Selawat, supaya setiap masakan kita sedap dan lambat basi selain masak dengan ikhlas dan penuh kasih sayang untuk insan2 yang tercinta!
Tuesday, 3 April 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment