Monday, 9 April 2018
gulai darat daging dan lopat tikam
Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah diberi Allah kesempatan untuk kita berjumpa lagi hari ini, salam sayang pada kalian yg dirahmati Allah, semuga Allah kurnia pd kita semua kesihatan & kekuatan untuk terus menjalankan tugas kita demi insan2 yg tercinta.
Resepi mama za hari ni gulai darat [kelate] & lopat tikam.
Gulai darat [kelate]:-
1kg daging -> bersihkan, potong jgn besar or kecil spt daging goreng @
1 biji kelapa -> ambil santan jgn pekat #
3 biji kentang -> kupas, potong 4, goreng, ketepikan $
2 sd makan kerisik #
1sd makan gula perang/1/4 gula melaka or nisan #
1 keping asam keping #
2sd makan budu #
1sd teh pereh garam #
25 helai daun kadok or lebih %
1ikat daun kesom or lebih %
2 labu bawang besar sedang *
9 ulas bawang merah *
5 ulas bawang putih *
2" halia *
1 1/2" lengkuas *
1" kunyit hidup *
2 sd makan penuh cili boo [homemade] **
3 sd makan ketumbar serbuk **
Cara2nya:-
1. Tumis bahan * [yang telah dikisar/blend]
2. Naik minyak masuk ** masak, masuk @ dan 1 cawan air, biarkan merinih hingga daging lembut.
3. Masuk # mendidih, masuk % sekejap, masuk $, rasalah secukup rasa, tutup api.
Lopat tikam:-
250gm tpg beras @
30gm tpg ubi @
11 helai daun pandan [gunting, blend dgn 1200 ml air,tapis] @
1/2 sd teh warna hijau @
1/2 sd teh pereh garam @
Cara2nya:- 1. Kacau semua bahan @ atas dapur sampai pekat dan berkilat, masuk dalam bekas kecil2 / loyang mama za suka masuk dlm bekas kecil senang nak makan.
2.Curah kepala santan.
Kepala santan:-
500gm santan pekat @
300 ml air @
25 gm tpg beras @
25 gm tpg ubi @
1 sd teh pereh garam @
Cara2nya:- 1. Kacau semua bahan @ hingga pekat dan masak
2. Curah dalam bekas.
3. Curah air gula.
Air gula:-
500 gm gula melaka/ gula perang/nisan @
150 ml air @
Cara2nya:-
1. Masak bahan @, mendidih curah air gula
2. Masuk pulut [optional]
Pulut:-
250gm beras pulut @ [cuci bersih beras pulut]
2 sd makan minyak mazola @
1/2 sd teh pereh garam @
1/2 sd teh warna merah @
300 ml air [air atas sikit , sikit saja beras pulut] @
Cara2nya:-
1. Masuk semua bahan @ dalam rice cocker, tekan tempat nasi lemak or tempat biasa masak nasi boleh juga
2. Letak atas lopat tikam
3 Boleh makan.
Selamat mencuba, lopat tikam boleh juga dimakan waktu berbuka puasa selepas kurma,
In shaa Allah kita jumpa lagi ya,
Salam ukhwah pada kalian yg mama za hormati, yg sudi menatap dan mencuba resepi mama za, terima kasih ya,
Oh ya pada yg belum ganti puasa tu, segeralah tak lama lagi kita nak sambut bulan Ramadhan
Semuga Allah SWT memberkati, meredhai kehidupan kita semua, serta ampun segala dosa2 kedua ibubapa kita, kita, suami, anak2, semua famili kita, jiran2 serta sahabat2 kita, serta muslimin dan muslimat. Aamiin Allahumma Aamiin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment